Tuesday, 16 February 2016

Review: Sweet Cherry SCR 2 Jogger


Assalamualaikum semua, hari ni kami nak cerita pula pasal stroller jogger SCR 2. Rasanya ramai dah pernah tengok stroller ni jual di pasaraya, betul tak? =) Tapi masih ramai yang tak tahu apa beza stroller jogger dan stroller biasa, kan? Kenapa stroller ni panggil jogger, kenapa yang lain tidak? Ok nanti kita explain ya?

Jogger ni sebenarnya direka untuk parents yang nak sorong stroller sambil berjogging (korang pernah buat ke huhu) kerana frame stroller jogger ni kukuh dan stroller ni senang dikawal jika bergerak laju dan pantas. Sebab tu nama dia jogger. Di samping itu, stroller jogger ini juga mempunyai ciri-ciri berikut:
  • lebih lebar berbanding stoller biasa.
  • mempunyai ruangan kaki yang lebih besar 
  • mempunyai "fixed front wheel" untuk kawalan yang lebih baik
  • lebih berat berbanding stroller biasa bagi tujuan kestabilan.
  • mempunyai tayar lebih besar.
  • mempunyai "suspension" yang lebih baik.
Untuk makluman, stroller pertama anak admin ialah stroller SCR 2. Admin suka guna stroller ni sebab body dia kukuh, tahan lasak, langgar batu kayu pun tak ada masalah, nak bawa anak jalan-jalan kat taman pun senang sebab sifat 3 tayar stroller ni mudah untuk dikawal. Nak pusing kanan, kiri depan belakang pakai satu tangan pun boleh. Anak pun suka duduk dalam stroller ni kerana ruang dalaman agak luas, dan seat belt juga agak selesa. Stroller ni keluaran Sweet Cherry dan datang dalam 3 warna:

SCR 2 Jogger - Hot Pink


SCR 2 Jogger - Turqoise

SCR 2 Jogger - Red

Produk info yang diberikan oleh manufacturer adalah seperti berikut:

Net Weight: 9 kg
Features:
  1. Suitable from newborn to 4 years old
  2. 3 positions adjustable backrest including flat recline for infants
  3. Extra padded seat for better comfort
  4. Lockable front swivel wheels with all round suspension
  5. Large storage basket
- See more at: http://www.sweetcherry.com.my/index.php?route=product/product&product_id=60&search=scr+2#sthash.fg7CHgV7.dpuf
Weight: 9 kg
Features:
1. Suitable from newborn to 4 years old.
2. 3 positions adjustable backrest including flat recline for infants
3. Extra padded seat for better comfort.
4. Lockable front swivel wheels with all round suspension
5. Large storage basket.

Ok itu serba sedikit info pasal stroller ni. Apa kata kita tengok yang 'live' pulak:

Kiri: SCR 2 Jogger bersama hood yang dibuka
Kanan: Hood stroller ditutup


Ha..ini gambar sebenar SCR 2 warna turqoise. Menarik kan warna ni? Agak rare juga sebab selalunya stroller mesti warna merah, hitam, biru gelap ja. Kalau pakai stroller ni dari jauh pun dah boleh nampak stroller kita kat mana.
Kiri: Hood SCR 2 ada window, boleh lihat anak dalam stroller di sini
Kanan: Large storage basket. Memang best bawak shopping, semua sumbat masuk sini (haha)
Handle stroller ni ada padding yang tebal, jadi memang selesa untuk parents tanpa melecetkan jari jemari. Tambahan pula, kedudukan handle juga selesa dan ibu bapa tak akan cepat lenguh tangan bila sorong stroller ni lama-lama.

Atas: 5 point safety belt untuk keselesaan dan keselamatan bayi
Bawah : Tuil untuk adjust stroller recline. Tarik ke atas untuk baringkan  back rest stroller
Macam mana nak lipat stroller ni? Tengok gambar di bawah:

Atas : Tarik picu pada kedua-dua handle stroller (macam pistol daa)
Bawah : Tolak handle stroller ke bawah sambil tarik picu stroller tu
Da siap dilipat

Macam mana nak simpan stroller ni dalam boot? Muat ke? Cadangan kami ialah, jika ruangan boot tak besar, boleh cuma simpan stroller mcm ni:

Letak menegak untuk penyimpanan dalam boot

Ok itu sahaja perkongsian kami pada kali ini. Jika ada sebarang tambahan info, boleh roger kami di bawah ok? Bye!!





No comments:

Post a Comment