Thursday, 18 February 2016

Review : Sweet Cherry Infant Car Seat SCR 7

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Hari ni admin nak view pasal SCR 7. SCR 7 ni bukan sejenis stroller ya. SCR 7 ialah infant car seat. Yang selalu orang sebut-sebut ialah stroller SCR series yang popular di AEON tu, hehe. SCR 7 ialah antara infant car seat paling mahal dalam brand sweet cherry. Kenapa paling mahal? Sebab car seat ni boleh attach dengan beberapa stroller keluaran SCR series iaitu SCR 6, SCR 9, SCR 10 dan SCR 12. 1 jenis infant car seat untuk 4 jenis stroller. Kan menarik? Lebih-lebih lagi, design dan warnanya yang cantik cukup menarik perhatian. Untuk attach infant car seat SCR 7 pada stroller, anda perlu mendapatkan adapter car seat terlebih dulu ya. Tak boleh letak infant car seat mcm tu ja. Memang tak lekat!! Sekarang SCR 7 sudah keluar warna baru, memang cantik dan menarik! Jom kita lihat SCR 7 terbaru:

SCR 7 - Maroon

SCR 7 - Olive


SCR 7 - Purple

 SCR 7 ini jika digandingkan dengan stroller SCR, boleh dijadikan sebagai satu set travelling system. Walaupun warna berbeza namun masih boleh attach pada stroller SCR series. Maksudnya tak kira la SCR 7 tu warna maroon sekalipun, masih boleh attach pada stroller SCR 12 warna purple. Tapi kurang menarik la sebab tak matching.. =P

SCR 7 Maroon bersama stroller SCR 6
SCR 7 Olive bersama SCR 10

SCR 7 Purple bersama stroller SCR 12
Manufacturer details adalah seperti berikut:

Net weight: 3.4 kg

Features:

1. Group 0+ (<13kg) rear facing infant car seats
2. Light weight portable carrier and rocker
3. Adjustable handle with smooth grip
4. Comfy head support, chest and buckle pads.
5. Travelling system: Can be attached on SCR 6, SCR 9, SCR 10, SCR 12 by using additional adapter.
Ok sekarang review based on real picture. Tapi SCR 7 silver ni warna yang lama. Klasik gitu..hehe siapa yang nak pm kita tepi!


Pandangan depan dan belakang

Pandangan sisi

Infant car seat ini bukan sahaja berfungsi sebagai car seat, tapi juga rocker atau carrier. Handle car seat ini bila di atas boleh jadi rocker (rujuk gambar di atas). Handle car seat boleh diturunkan ke belakang untuk berfungsi sebagai stopper. Jadi infant car seat ni akan stop rocking dan berada dalam keadaan statik. 
Kiri: Tekan button pada handle di kiri dan kanan infant car seat dan turunkan handle tanpa lepaskan button tersebut
Kanan: Letakkan hood car seat untuk halang dari cahaya jika berada di luar (outdoor)
Ok selepas handle di turunkan ke belakang, ia akan jadi macam ni:


Seat belt car seat in boleh dilaraskan mengikut keselasaan bayi. Paling penting kena buckle seat belt car seat tu ya, jangan tinggalkan anak di dalam infant car seat tanpa menggunakan seat belt. Nanti anak jatuh dari car seat siapa susah kan. Seperti yang dinyatakan tadi, satu lagi kelebihan SCR 7 ialah dia boleh digunakan bersama frame stroller SCR 6, SCR 9, SCR 10 dan SCR 12. Macam mana rupa SCR 7 ni bila attach dengan frame stroller? Macam ni ya...

SCR 7 bersama frame strolller SCR 12

Jadi jika anda gunakan SCR 7 ni, boleh terus angkut anak dari dalam kereta, terus attach kepada stroller. Tak perlu nak kejut-kejut anak bangun sebab nak bertukar ke stroller pula. SCR ni boleh digunakan dari newborn sehingga 13 kg, dalam lingkungan setahun lebih. Senang cerita sampai tak muat..huhu.

Ok itu saja buat kali ini. Nantikan post kami seterusnya mengenai stroller ya. Bye!

4 comments:

  1. Salam...saya ada scr 6 & 7...tp xde adapter..mcmne nk dptkn adapter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf atas kelewatan reply. Puan boleh mendapatkan adapter SCR 7 daripada kami. Boleh terus direct whatsapp +60196551022. Terima kasih.

      Delete
  2. blh atach dgn stroller scr9 ke..ada contoh gamba x

    ReplyDelete