Friday, 19 February 2016

Review: Sweet Cherry Pulsa Jogger Stroller

Assalamualaikum dan Selamat pagi! Pagi-pagi ni nak cerita pasal stroller baru pulak, Pulsa Jogger. Macam tak pernah dengar je..hehe. Sekarang ni da makin banyak stroller baru di pasaran. Kami berminat nak review psl stroller ni sebab dia ringan, murah dan paling penting sangat chantekkk..huhu..cantik kat mata kami la..hehe. Nama pun dah jogger, confirm la 3 tayar. Serius memang cantik.  Tak caye? Meh tengok:

Pulsa Jogger - Red

Pulsa Jogger - Blue

Ha..jarang tengok stroller ada corak-corak kat seat kan? Selalunya plain aje..jadi kalau ada mommy or daddy yang nak kelainan sikit, boleh la beli strolller ni. Detail stroller ni adalah seperti berikut:

Net Weight: 7.6 kg

Features: 
  1. Suitable from newborn to 4 years old
  2. Multi-positions adjustable backrest
  3. Lockable front swivel wheels
  4. Easy folding mechanism
  5. Large easy-access shopping basket
  6. Removable front tray-for lifting child in and out
  7. Adjustable calf support
Product Info: L72cm x W56cm x H96cm 
Teaser gambar ori sikit....

Fresh keluar dari kotak
Senang je nak pasang stroller ni. Semuanya pakai klip. Tak payah nak pakai screwdriver bagai. Mommy pun boleh buat sorang-sorang. So jangan risau kalau nak beli stroller online ni, sebab nak pasang sendiri pun boleh.
Pulsa Jogger Red front view. Yang berbalut tu bumper bar
Pandngan sisi. Shopping basket dia not bad. Besar juga untuk disumbat
Pandangan belakang. Untuk recline seat ni, tarik sahaja clip di belakang stroller
Foot rest boleh adjust. Nak straight atau ke bawah. Hanya tekan clip tu sambil kepak ke bawah
Tarik picu di tepi handle stroller untuk fold stroller
Ha...mudah je kan nak guna stroller ni. Memang senang sangat. Bila da fold jadi macam mana pulak? Jadi macam ni...
Atas: Keadaan Stroller setelah dilipat
Bawah: Tegakkan stroller untuk simpanan dalam boot Myvi dan Axia
Tak usah kecik besarkan mata atau cuci spek anda...memang gambar atas tu tak berapa clear (T-T) haha..da simpan dalam kotak nak hantar pada vendor pun. Takpelah boleh je nampak tu..ye dak?
Ok next stroller coming soon. Nanti kami review lagi. Adios!

1 comment: