Monday, 15 February 2016

Review: Sweet Cherry Cleo Car Seat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini kami nak review mengenai salah satu car seat yang agak popular dalam pasaran iaitu Cleo Car Seat. Car seat ini ialah keluaran Sweet Cherry, dan kod car seat LB 383. Dahulu ada 3 warna semuanya iaitu grey, black dan red. Sekarang ada 1 warna sahaja dikeluarkan iaitu black. Warna black agak cantik kerana mempunyai corak polka dot pada seat, berbanding warna lain yang plain sahaja. Ok jom kita tengok gambar Cleo car seat ni:

Sweet Cherry LB 383 Cleo Car Seat

Description yang diberikan oleh pihak manufacturer mengenai car seat ini adalah seperti berikut:

Dimension: 50(L) x 42(W) x 68(H) cm
Features:
1. Suitable for newborn to 18 kg
2. For newborn to 10kg, use rear facing position on the seat of vehicle.
3. Removable padding seat to suit growing child.
4. For 9kg to 18 kg, place the car seat in forward facing position
5. 3 positions adjustable reclining backseats.

Car seat ni tak terlalu besar dan boleh muat dalam kereta-kereta comel di Malaysia. Car seat ni ringan dan tidak ada masalah jika ibu nak angkat seorang diri untuk masukkan ke dalam kereta. Ok jom kita tengok gambar sebenar pulak:

Gambar depan
Car seat ini ada padding yang selesa terutamanya di bahagian kepala. Ada 5 point safety harness seat belt untuk keselamatan anak anda. Oleh kerana car seat ini mempunyai 3 posisi untuk recline, jadi ia amat sesuai untuk digunakan oleh bayi baru lahir sehingga 4 tahun. Padding juga boleh dibuka dan dibasuh kalau ada kekotoran sebab susu atau makanan.

Pandangan sisi dan pandangan belakang

Selepas recline 3rd position

Car seat ini menggunakan seat belt untuk attach pada kusyen kereta anda. Jadi tiada masalah untuk install car seat ini di mana-mana kereta. Ada sebarang pertanyaan mengenai car seat ini, boleh ajukan dalam komen di bawah ya. Terima kasih. =)

Dimension: 50(L) x 42(W) x 68(H) cm
Features:
  1. Suitable for newborn to 18kg
  2. For newborn to 10kg, use rear-facing position on the seat of vehicle
  3. Removable padding seat to suit growing child
  4. For 9kg to 18kg, place the car seat in forward facing positions
  5. 3 positions adjustable reclining backseats
- See more at: http://www.sweetcherry.com.my/index.php?route=product/product&keyword=cleo&product_id=70#sthash.EEND0gDm.dpuf

1 comment:

  1. Hai sis. Blh bg review sis tak utk carseat ni? If tak keberatan blh email saya sarah_inuyasha@yahoo.com atau ws saya 0179545238 terima kasih sis! Tengah berkira kira nak beli carseat ni dgn my baby nanti ...

    ReplyDelete