Wednesday, 9 August 2017

Review : Otomo Stroller T9000

Hari ni Dilla nak cerita pasal stroller baru keluaran Otomo. Skrg banyak permintaan stroller jenis compact mcm ni sebab mudah nak bawa travel. Skrg ni dah nak dekat cuti sekolah kan..jadi kalau nak jalan2 mmg kena standby stroller la kan. Kalau berdukung je mahu terkehel bahu 😁.

Bila sebut compact, maksudnya stroller ni tak makan ruang dlm boot kereta. Jadi pengguna kereta2 comel tak perlu risau la, memang muat dalam kereta nanti. Stroller ni juga senang dibuka dan tutup. Pakai sebelah tangan pun boleh. Stroller pun ringan, design pun menarik. Ada 2 warna tau, blue dan red .



Stroller compact mcm ni tak boleh facing parents ya, hanya boleh facing ke depan sahaja. Boleh guna dari newborn sampai berat anak 15kg..lebih kurang sehingga 3 tahun. Paling best jugak pasal stroller ni ialah boleh heret macam beg troli aje...tak payah nak kelek ke hulu ke hilir. Anak dah tak nak naik stroller? Ha...lipat stroller, tarik!! 😍 Senang sangat2 kan?? .
.
Harganye berapa pulak? Kena la tengok facebook page dan Instagram kami!! Kehkehkeh..saje je kan...takpe la bagi hint. Kami buat promosi harga bawah RM 400. Harga pasaran mencecah RM 500. Jika berminat boleh direct whatsapp kami okey...019-6551022. Terima kasih!!
.